Tuesday, June 4, 2013

Hijrah.

Bunyi kipas memecah sunyi. Hanya aku dan komputer riba. Teringat masa silam yang sukar untuk dilupakan.

*tarik nafas dalam dalam*



Bismillah..
Penghijrahan memang susah buat insan yang lemah seperti aku. Hidayah mengetuk pintu hati mendamaikan jiwa. Allah sayang aku. Aku pernah berada di jurang neraka. Bergelumang dengan dosa maksiat. Hampir tergelincir namun sahabat sayang aku. Ingatkan aku tentang Pencipta kita semua,Allah S.W.T.

Aku pernah berhenti dan menangis. Memikirkan penghijrahan ini sesuatu perkara yang mustahil. Namun aku bangkit dan meneruskan perjuangan demi agama yang tercinta. Sungguh, terlalu banyak dugaan yang aku terima berbentuk cacian dan ejekan. Namun,aku tetap sabar. Senyuman yang aku ukirkan ada kalanya palsu namun tiada siapa yang tahu.

Aku harus tabah dan terus menerus bersangka baik dengan takdir Allah S.W.T kerana dia adalah sebaik-baik perancang. He knows best.

''Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.''  [Al-Baqarah: 286]

No comments:

Post a Comment